Selasa, 3 Mei 2016

Sebuah syarikat berkaitan pembinaan dan hartanah perlu Mempunyai Kakitangan yg Terlibat seperti Berikut:





Sebuah syarikat berkaitan pembinaan dan hartanah harus memiliki kakitangan yang berdedikasi untuk memenuhi misi syarikat. Antara mereka yang terlibat adalah seperti berikut :
1. Pengerusi eksekutif
2. Pengarah
3. Pengurus besar
4. Pengurus projek
5. Pengurus kontrak dan bekalan
6. Eksekutif projek
7. Eksekutif akaun
8. Setiausaha
9. Eksekutif pemasaran
10. Penyelia tapak
Selain itu juga, syarikat juga perlu mempunyai panel/perunding bersekutu seperti berikut :
1. Arkitek
2. Jurunilai
3. Jurutera
4. Juru ukur tanah
5. Juru audit
6. Peguam
7. Perbankkan

Jumaat, 4 Mac 2016

Sayyeddina Land Properties: Rundingan Adalah Salah Satu Faktor Kejayaan Untuk Jual Ataupun Beli Hartanah



Semua pelabur dalam hartanah mengetahui bahawa rundingan yang berjaya bermakna satu urusan jual-beli telah disempurnakan atau rundingan itu memberi kelebihan positif untuk menang dalam memiliki sesuatu hartanah. Apapun, rundingan adalah sangat penting dalam perniagaan pelaburan hartanah. Mengetahui bagaimana mahu menstrukturkan perbincangan dan membuat persediaan untuk berunding memberi faedah bersama kepada vendor dan pembeli.
Mempunyai pandangan mental yang baik sebelum bercakap juga menentukan kejayaan dan kegagalan rundingan perniagaan anda. Bayangkan seorang pembeli yang mahu berunding dengan vendor tetapi tidak mengetahui bagaimana mahu bermula untuk mendapatkan situasi menang-menang. Sebaliknya, dia lebih beremosi dan akhirnya tiada kejayaan jual-beli yang dapat dilakukan.
Cara rundingan adalah berbeza-beza dalam perniagaan hartanah. Banyak aspek yang boleh dibincangkan dengan penyewa, vendor dan ejen anda. Contohnya, harga sebuah hartanah boleh dirunding di antara vendor dan pembeli untuk mendapatkan faedah bersama dan menyempurnakan urusan jual-beli tersebut.
Tetapi siapa yang mahu membeli lebih tinggi dari harga pasaran dan siapa yang mahu menjualnya di bawah nilai pasaran? Ianya tidak masuk akal. Semua pihak mahukan faedah untuk dirinya. Tetapi dengan teknik rundingan yang baik masalah ini boleh diselesaikan. Berita dan maklumat terbaru boleh digunakan untuk kelebihan anda jika anda meluangkan masa untuk bertanya.
Jika pembeli mahu membeli hartanah di bawah harga permintaan maka dia boleh berbincang dengan pembeli tentang perjanjian yang boleh dilakukan untuk merendahkan harganya. Ianya boleh jadi kerana anda akan membayar secara tunai harga penuh hartanah itu atau perkara lain. Ada pelbagai kemungkinan yang anda boleh terokai untuk perjanjian ini.
Selain harga, anda boleh berunding mengenai aspek lain seperti pinjaman, terma kontrak, kadar, dan lain-lain. Apa sahaja yang boleh memberi faedah bersama atau memberi jawapan kepada persoalan, “ada apa untuk saya” untuk kedua pihak boleh dirundingkan.
Perkara terbaik mengenai perniagaan hartanah ialah nilai hartanah juga ditetapkan oleh pasaran. Maka anda mempunyai banyak peluang menggunakan kemahiran rundingan dalam membeli atau menjual hartanah untuk faedah bersama kedua pihak bagi menyempurnakan satu urusan jual-beli.

Khamis, 14 Januari 2016

Sayyedina Land Properties: Bagaimana ingin Mendapatkan Pembiayaan 90% untuk Rumah yang ke-3 Perkongsian Oleh Tuan Wahi Abd Rashid






Perkongsian Video: Bagaimana ingin mendapatkan pembiayaan Membeli Rumah

Berikut adalah merupakan perkongsian dari Tuan Abd Rashid , Beliau adalah merupakan seorang Ahli Perniagaan . Beliau mempunyai beberapa sektor pelaburan Hartanah iaitu beberapa buah biji rumah. Beliau ada berkongsikan beberapa Tips bagaimana ingin mendapatkan pembiayaan Hartanah melalui Investment Holding Company (IHC).

Sabtu, 9 Januari 2016

Sayyeddina Land Properties: Perbezaan Bata Simen VS Bata Merah Untuk Kediaman Rumah





Bata Simen (press ) VS Bata Merah (Tanah Liat)

(a) Bata Simen
- Kos murah. Harga purata di Kelantan RM0.24/bata.
- Mudah disusun kerana bentuk bata yang sekata.
- Jimat penggunaan simen lepaan (plaster simen) kerana lebih tersusun rata.
- Rumah agak panas berbanding menggunakan bata merah.

(b) Bata Merah
- Rumah sejuk berbanding penggunaan bata simen.
- Kos mahal. Harga purata di Kelantan RM0.45/bata
- Sukar disusun dengan cantik kerana bentuk tidak sekata. Hal ini kerana bata tanah liat dibakar dan pengecutan bata adalah berbeza-beza.
- Lebih banyak menggunakan simen untuk lepaan (plastering) kerana bentuk bata yang tidak sekata.

Pilihan hak masing2 untuk penggunaan bata yang mana satu untuk kediaman impian anda sendiri.

Sabtu, 2 Januari 2016

Sayyeddina Land Properties: Antara Contoh - contoh Pelan Lantai Rumah





Antara Contoh - contoh Pelan Lantai Rumah rm115skp x keluasan rumah 1511 

Sayyeddina Land Properties: Contoh surat kelulusan pinjaman perumahan





Contoh surat kelulusan pinjaman perumahan dan biasanya akan disertakan sekali dengan surat setuju terima. Surat setuju terima itu perlu dikembalikan dalam masa 14hari. Owner ini membuat pinjaman perumahan untuk pembinaan rumah diatas tanahnya sendiri.