Jumaat, 4 Mac 2016

Sayyeddina Land Properties: Rundingan Adalah Salah Satu Faktor Kejayaan Untuk Jual Ataupun Beli Hartanah



Semua pelabur dalam hartanah mengetahui bahawa rundingan yang berjaya bermakna satu urusan jual-beli telah disempurnakan atau rundingan itu memberi kelebihan positif untuk menang dalam memiliki sesuatu hartanah. Apapun, rundingan adalah sangat penting dalam perniagaan pelaburan hartanah. Mengetahui bagaimana mahu menstrukturkan perbincangan dan membuat persediaan untuk berunding memberi faedah bersama kepada vendor dan pembeli.
Mempunyai pandangan mental yang baik sebelum bercakap juga menentukan kejayaan dan kegagalan rundingan perniagaan anda. Bayangkan seorang pembeli yang mahu berunding dengan vendor tetapi tidak mengetahui bagaimana mahu bermula untuk mendapatkan situasi menang-menang. Sebaliknya, dia lebih beremosi dan akhirnya tiada kejayaan jual-beli yang dapat dilakukan.
Cara rundingan adalah berbeza-beza dalam perniagaan hartanah. Banyak aspek yang boleh dibincangkan dengan penyewa, vendor dan ejen anda. Contohnya, harga sebuah hartanah boleh dirunding di antara vendor dan pembeli untuk mendapatkan faedah bersama dan menyempurnakan urusan jual-beli tersebut.
Tetapi siapa yang mahu membeli lebih tinggi dari harga pasaran dan siapa yang mahu menjualnya di bawah nilai pasaran? Ianya tidak masuk akal. Semua pihak mahukan faedah untuk dirinya. Tetapi dengan teknik rundingan yang baik masalah ini boleh diselesaikan. Berita dan maklumat terbaru boleh digunakan untuk kelebihan anda jika anda meluangkan masa untuk bertanya.
Jika pembeli mahu membeli hartanah di bawah harga permintaan maka dia boleh berbincang dengan pembeli tentang perjanjian yang boleh dilakukan untuk merendahkan harganya. Ianya boleh jadi kerana anda akan membayar secara tunai harga penuh hartanah itu atau perkara lain. Ada pelbagai kemungkinan yang anda boleh terokai untuk perjanjian ini.
Selain harga, anda boleh berunding mengenai aspek lain seperti pinjaman, terma kontrak, kadar, dan lain-lain. Apa sahaja yang boleh memberi faedah bersama atau memberi jawapan kepada persoalan, “ada apa untuk saya” untuk kedua pihak boleh dirundingkan.
Perkara terbaik mengenai perniagaan hartanah ialah nilai hartanah juga ditetapkan oleh pasaran. Maka anda mempunyai banyak peluang menggunakan kemahiran rundingan dalam membeli atau menjual hartanah untuk faedah bersama kedua pihak bagi menyempurnakan satu urusan jual-beli.