Ahad, 27 Disember 2015

Sayyeddina Land Properties: Pelan Reka Sendiri Rumah Idaman

Pelan Reka Rumah Sendiri


Reka Sendiri Rumah Idaman
Kediaman yang tersergam indah lebih memberikan nilai sentimental jika pemilik berpeluang merekabentuk sendiri. Tanpa lakaran pelan, sukar membina rumah idaman yang menarik dan menepati citarasa anda. Biasanya reka bentuk bergantung kepada kos kediaman itu sendiri. Justeru lukisan pelan perlu disediakan sebelum kerja pembinaan dimulakan kerana ia berperanan menjadi rujukan serta panduan kontraktor. Sebelum memulakan pembinaan, rancang dengan teliti segala perkara yang penting dari segenap segi. Khidmat nasihat arkitek profesional bagi menyediakan pelan rumah perlu sebelum kelulusan pihak berkuasa tempatan. Ia penting supaya rumah yang bakal didiami memenuhi ciri keselamatan disamping keselesaan. Perlu diingati ilham rumah idaman dipaparkan dengan menentukan konsep dan penggayaan ciri seni bina dulu. Pemilihan gaya berkenaan memudahkan hiasan dalaman diterapkan mengikut citarasa kediaman.
Justeru, jika mempunyai bajet, dapatkan khidmat pakar runding profesional untuk proses reka bentuk. Ini juga membolehkan anda menentukan sempadan tanah untuk kerja pembinaan. Pemeriksaan rupa bentuk muka bumi seperti kontur, jenis tanah dan persekitaran perlu dilakukan bagi menentukan jenis struktur asas kediaman tanpa risiko. Selain itu, penentuan orientasi bangunan turut diambil kira usaha meminimumkan kesan pencahayaan matahari pagi dan petang. Perancangan susun atur ruang, saiz, penataan cahaya, bukaan tingkap dan udara perlu diterapkan ketika proses rekabentuk. Seterusnya ruang dalaman perlulah merangkumi ruang yang privasi, semi privasi dan untuk kegunaan semua. Penetapan ruang perlu diguna dengan maksimum tanpa pembaziran ruang. Ia memberikan kelebihan termasuk keselesaan kepada pemilik, penghuni dan tetamu. Selepas proses reka bentuk, barulah kerja penyediaan pelan seni bina dimulakan.
Ini adalah lakaran pelan lantai yang dilukis sendiri oleh pelanggan ambo yang akan dibina dibesut. Pelan lakaran ini akan diserahkan kepada akitek untuk tindakan seterusnya.

Selasa, 1 Disember 2015

Sayyeddina Land Properties: Menguruskan Sendiri Pembinaan Rumah Kita Lebih Menjimatkan



Perkongsian dari seorang Ahli Perusahaan Hartanah:

Tahukah anda, sekiranya kita boleh mengurus sendiri pembinaan rumah idaman kita, anda akan boleh berjimat puluhan ribu dan malah mungkin ratusan ribu. Cuba anda bayangkan harga sebuah rumah banglo bersaiz sekitar 1600kp, contohnya dikawasan kelantan sudah sekitar rm350k. 

Kalaulah anda mampu mengurusnya sendiri pembinaan banglo itu, kos yang perlu anda belanjakan ialah sekitar rm230k iaitu rm160k untuk pembinaan dan rm70k untuk tanah lot. Ini bermakna anda jimat ataupun untung sekitar rm120k secara kasarnya.

Jadi kenapa anda tidak mahu pelajari ataupun mencuba untuk mengurus dan membina kediaman sendiri ? Manalah tahu selepas ini, anda sendiri boleh mengurus dan membina untuk orang lain pula

Sayyeddina Land Properties: Contoh keluasan pecahlot Tanah mengikut jenis kediaman




Ini adalah contoh keluasan pecahlot tanah mengikut jenis kediaman. Biasanya keluasan2 ini digunakan sebagai rujukan dalam proses untuk merekabentuk dan perancangan apabila sesuatu lot hendak dipecahkan. Ianya juga bergantung kepada kehendak owner tanah dan kelulusan dari pihak pbt.

Sayyeddina Land Properties: Syarat-Syarat Asas Pinjaman Bersama BPPP


Syarat-Syarat Asas Pinjaman Bersama BPPP



1. Warganegara Malaysia dan kakitangan berjawatan tetap
 
2. Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara/tamat perkhidmatan 
3. Berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun dan telah disahkan jawatan 
4. Bukan seorang bankrap / sedang dalam tindakan tatatertib 
5. Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam 
6. Pinjaman bersama suami/isteri , pinjaman ambil alih antara suami/isteri dan pinjaman dua nama didalam perjanjian jualbeli mestilah disertakan salinan sijil nikah atau pendaftaran perkahwinan yang diakui sah oleh ketua jabatan 




Isnin, 9 November 2015

Sayyeddina Land Properties: Paya Rumput Perdana Bumi


  




Paya Rumput Perdana Bumi Lot Freehold
Rumah baru dan Belum di duduki
Jenis Larimar (BUMI LOT)
Luas Tanah - 4003 sf
Luas Binaan- 2665 sf
5 Bilik / 3 Bilik Air
Dengan Grill keselamatan
Dilengkapi Kawalan Keselamatan
Kawasan Perumahan Mewah Dan eksklusif
Kawasan Perniagaan baharu yg sedang pesat berkembang.
Hampir dengan sekolah/kedai/pasaraya
5 Min ke TESCO/Bank
Dihubungi dengah lebuhraya AMJ/PLUS
Status Tanah : FREEHOLD Bumi Lot
Dalam proses pembinaan dan dah siap hampir 50%
Harga RM 484,500

Ahad, 8 November 2015

Sayyeddina Land Properties: Sejarah Pembinaan Bangunan Putrajaya




Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999. Putrajaya, bandar raya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan (lihat peta). Ia adalah Wilayah Persekutuan ke-3 di Malaysia.

Sejarah Putrajaya bermula dari sebuah tempat atau kampung terpencil dengan nama Prang Besar. Kampung ini berdekatan dengan Jenderam Hilir yang sekarang bersebelahan dengan Putrajaya. Prang Besar berasal dari nama seorang ketua kampung (orang asli) yang sanggup berperang dengan orang cina bintang tiga yang mahu merampas tanah orang asli bagi membina sebuah kem. Tentera bintang tiga telah membuat hura hara bagi mencapai hasratnya untuk mendapatkan tanah ini. Malangnya, tentera bintang tiga telah tertumpas kerana mereka tidak tahu yang sebenarnya ketua kampung ini seorang tok batin yang mempunyai ilmu harimau tanah hitam. Ilmu tersebut sangat kuat yang boleh menjatuhkan musuh dengan mudah. Meraka dikalahkan hanya menggunakan parang serta ilmu tersebut. Lalu tok batin mengusir tentera bintang tiga ini dari kampungnya. Begitulah serba sedikit mengenai asal dimana sejarah Putrajaya tercipta ditambah pula dengan maksud disebalik nama Putrajaya. 'Putra' dipilih sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Nama ini telah ditambah dengan perkataan 'jaya' yang bermaksud 'kecemerlangan'. Maka terjadilah Putrajaya yang anda ketahui sekarang.

Putrajaya melonjak membangun mulai 12 Oktober 1994. Ia dibangunkan oleh anak jati Malaysia sendiri berbanding Kuala Lumpur yang menjadi bandar tinggalan penjajah pada masa dahulu. Putrajaya yang dibina bercirikan budaya tempatan untuk tidak lupa akan warisan Malaysia.
Putrajaya telah menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan baru yang selama ini terletak di Kuala Lumpur yang sangat sesak dan pesat pada ketika itu. Ini juga merupakan salah satu faktor perpindahannya untuk mengurangkan kesibukan di Kuala Lumpur. Pembangunannya juga sejajar dengan polisi kerajaan untuk menyediakan pembangunan yang lebih seimbang dan efisien daripada sebelumnya. Kewujudan Putrajaya mencatatkan sejarah baru buat Malaysia dalam pembinaan bandaraya yang sangat moden tetapi masih mengekalkan ciri-ciri dan budya tempatan.
Selain itu, Putrajaya merupakan bandar contoh yang disertai taman yang lengkap dengan jaringan informasi berdasarkan teknologi multimedia yang serba canggih. Ia juga berdekatan dengan bandar Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Sangat memudahkan bagi mereka yang mencari tempat ideal merangkumi tempat pekerjaan, penempatan, bersukan dan juga pelbagai aktiviti rekreasi. Putrajaya menjanjikan kehidupan yang selesa dan berkualiti kepada penduduknya.


Kerja pembinaan bermula pada bulan Ogos 1995 dan telah diiktiraf sebagai projek 'real-estate' terbesar di Malaysia, malah di Asia Tenggara. Projek ini dijangka selesai pada tahun 2010. Pekerja-pekerja kontrak telah bertungkus lumus untuk menyiapkan fasa pertama Putrajaya yang dijadualkan siap pada minggu pertama bulan Jun 1999. Proses pembinaan Putrajaya dilaksanakan oleh tenaga kerja rakyat Malaysia sendiri begitu juga dengan bahan-bahan yang digunakannya. Hanya 10% sahaja diimport dari luar negara. Dalam tempoh 15 tahun, bandaraya ini akan siap sepenuhnya.
Kini, Putrajaya menjadi antara tempat bersejarah bagi Malaysia. Ini kerana Putrajaya merupakan lokasi yang sangat menarik dan mempunyai pelbagai kemudahan seperti pusat sukan dan rekreasi, pendidikan, pusat membeli-belah, lebuh raya, pengangkutan, pelancongan serta pejabat-pejabat kerajaan yang selama ini berpusat di Kuala Lumpur. Malaysia harus berbangga dengan mempunyai lokasi seperti Putrajaya yang merupakan bandar moden dan maju seiring dengan negara luar. 

Putrajaya dikelilingi lingkaran lebuhraya yang terdiri daripada penyambungan pusat Lebuhraya Utara-SelatanLebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE). Lebuh raya dan jalan utama berdekatan termasuk:
Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd dipertanggungjawabkan untuk mereka bentuk, membina, perlaksanaan, penjagaan dan pentadbiran Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Lebuhraya KLIA. ELITE yang sepanjang 54km bermula dari Persimpangan Shah Alam berhampiran Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), menuju selatan ke KLIA and terus ke Timur dan bersambung dengan ELITE di Persimpangan Nilai. ELITE sedang berada dalam fasa terakhir untuk berurusan dengan pihak kerajaan bagi mereka bentuk jalan ke Putrajaya. Ini akan menjadi jalan dua hala berkembar sepanjang 8.8km yang membawa terus ke Putrajaya dan Cyberjaya yang terletak dalam MSC.

Sayyeddina Land Properties: The Buildings from Moscow Russia (Katrin Scheib/MT)




Jumaat, 30 Oktober 2015

Kadar kelayakan pinjaman perumahan semasa bagi penjawat awam 1 January 2015

Maklumat Kadar kelayakan pinjaman perumahan semasa bagi penjawat awam.