Ahad, 27 Disember 2015

Sayyeddina Land Properties: Pelan Reka Sendiri Rumah Idaman

Pelan Reka Rumah Sendiri


Reka Sendiri Rumah Idaman
Kediaman yang tersergam indah lebih memberikan nilai sentimental jika pemilik berpeluang merekabentuk sendiri. Tanpa lakaran pelan, sukar membina rumah idaman yang menarik dan menepati citarasa anda. Biasanya reka bentuk bergantung kepada kos kediaman itu sendiri. Justeru lukisan pelan perlu disediakan sebelum kerja pembinaan dimulakan kerana ia berperanan menjadi rujukan serta panduan kontraktor. Sebelum memulakan pembinaan, rancang dengan teliti segala perkara yang penting dari segenap segi. Khidmat nasihat arkitek profesional bagi menyediakan pelan rumah perlu sebelum kelulusan pihak berkuasa tempatan. Ia penting supaya rumah yang bakal didiami memenuhi ciri keselamatan disamping keselesaan. Perlu diingati ilham rumah idaman dipaparkan dengan menentukan konsep dan penggayaan ciri seni bina dulu. Pemilihan gaya berkenaan memudahkan hiasan dalaman diterapkan mengikut citarasa kediaman.
Justeru, jika mempunyai bajet, dapatkan khidmat pakar runding profesional untuk proses reka bentuk. Ini juga membolehkan anda menentukan sempadan tanah untuk kerja pembinaan. Pemeriksaan rupa bentuk muka bumi seperti kontur, jenis tanah dan persekitaran perlu dilakukan bagi menentukan jenis struktur asas kediaman tanpa risiko. Selain itu, penentuan orientasi bangunan turut diambil kira usaha meminimumkan kesan pencahayaan matahari pagi dan petang. Perancangan susun atur ruang, saiz, penataan cahaya, bukaan tingkap dan udara perlu diterapkan ketika proses rekabentuk. Seterusnya ruang dalaman perlulah merangkumi ruang yang privasi, semi privasi dan untuk kegunaan semua. Penetapan ruang perlu diguna dengan maksimum tanpa pembaziran ruang. Ia memberikan kelebihan termasuk keselesaan kepada pemilik, penghuni dan tetamu. Selepas proses reka bentuk, barulah kerja penyediaan pelan seni bina dimulakan.
Ini adalah lakaran pelan lantai yang dilukis sendiri oleh pelanggan ambo yang akan dibina dibesut. Pelan lakaran ini akan diserahkan kepada akitek untuk tindakan seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan