Ahad, 27 Disember 2015

Sayyeddina Land Properties: Pelan Reka Sendiri Rumah Idaman

Pelan Reka Rumah Sendiri


Reka Sendiri Rumah Idaman
Kediaman yang tersergam indah lebih memberikan nilai sentimental jika pemilik berpeluang merekabentuk sendiri. Tanpa lakaran pelan, sukar membina rumah idaman yang menarik dan menepati citarasa anda. Biasanya reka bentuk bergantung kepada kos kediaman itu sendiri. Justeru lukisan pelan perlu disediakan sebelum kerja pembinaan dimulakan kerana ia berperanan menjadi rujukan serta panduan kontraktor. Sebelum memulakan pembinaan, rancang dengan teliti segala perkara yang penting dari segenap segi. Khidmat nasihat arkitek profesional bagi menyediakan pelan rumah perlu sebelum kelulusan pihak berkuasa tempatan. Ia penting supaya rumah yang bakal didiami memenuhi ciri keselamatan disamping keselesaan. Perlu diingati ilham rumah idaman dipaparkan dengan menentukan konsep dan penggayaan ciri seni bina dulu. Pemilihan gaya berkenaan memudahkan hiasan dalaman diterapkan mengikut citarasa kediaman.
Justeru, jika mempunyai bajet, dapatkan khidmat pakar runding profesional untuk proses reka bentuk. Ini juga membolehkan anda menentukan sempadan tanah untuk kerja pembinaan. Pemeriksaan rupa bentuk muka bumi seperti kontur, jenis tanah dan persekitaran perlu dilakukan bagi menentukan jenis struktur asas kediaman tanpa risiko. Selain itu, penentuan orientasi bangunan turut diambil kira usaha meminimumkan kesan pencahayaan matahari pagi dan petang. Perancangan susun atur ruang, saiz, penataan cahaya, bukaan tingkap dan udara perlu diterapkan ketika proses rekabentuk. Seterusnya ruang dalaman perlulah merangkumi ruang yang privasi, semi privasi dan untuk kegunaan semua. Penetapan ruang perlu diguna dengan maksimum tanpa pembaziran ruang. Ia memberikan kelebihan termasuk keselesaan kepada pemilik, penghuni dan tetamu. Selepas proses reka bentuk, barulah kerja penyediaan pelan seni bina dimulakan.
Ini adalah lakaran pelan lantai yang dilukis sendiri oleh pelanggan ambo yang akan dibina dibesut. Pelan lakaran ini akan diserahkan kepada akitek untuk tindakan seterusnya.

Selasa, 1 Disember 2015

Sayyeddina Land Properties: Menguruskan Sendiri Pembinaan Rumah Kita Lebih Menjimatkan



Perkongsian dari seorang Ahli Perusahaan Hartanah:

Tahukah anda, sekiranya kita boleh mengurus sendiri pembinaan rumah idaman kita, anda akan boleh berjimat puluhan ribu dan malah mungkin ratusan ribu. Cuba anda bayangkan harga sebuah rumah banglo bersaiz sekitar 1600kp, contohnya dikawasan kelantan sudah sekitar rm350k. 

Kalaulah anda mampu mengurusnya sendiri pembinaan banglo itu, kos yang perlu anda belanjakan ialah sekitar rm230k iaitu rm160k untuk pembinaan dan rm70k untuk tanah lot. Ini bermakna anda jimat ataupun untung sekitar rm120k secara kasarnya.

Jadi kenapa anda tidak mahu pelajari ataupun mencuba untuk mengurus dan membina kediaman sendiri ? Manalah tahu selepas ini, anda sendiri boleh mengurus dan membina untuk orang lain pula

Sayyeddina Land Properties: Contoh keluasan pecahlot Tanah mengikut jenis kediaman




Ini adalah contoh keluasan pecahlot tanah mengikut jenis kediaman. Biasanya keluasan2 ini digunakan sebagai rujukan dalam proses untuk merekabentuk dan perancangan apabila sesuatu lot hendak dipecahkan. Ianya juga bergantung kepada kehendak owner tanah dan kelulusan dari pihak pbt.

Sayyeddina Land Properties: Syarat-Syarat Asas Pinjaman Bersama BPPP


Syarat-Syarat Asas Pinjaman Bersama BPPP



1. Warganegara Malaysia dan kakitangan berjawatan tetap
 
2. Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara/tamat perkhidmatan 
3. Berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun dan telah disahkan jawatan 
4. Bukan seorang bankrap / sedang dalam tindakan tatatertib 
5. Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam 
6. Pinjaman bersama suami/isteri , pinjaman ambil alih antara suami/isteri dan pinjaman dua nama didalam perjanjian jualbeli mestilah disertakan salinan sijil nikah atau pendaftaran perkahwinan yang diakui sah oleh ketua jabatan